:Followers Since February 2009: ♥

Nuffnang Ads

GENAP 1 Tahun

Hari ini GENAP 1 TAHUN bekerja di Perbadanan Segalanya Mungkin 

Untuk setahun yang lepas, ketika hari pertama melaporkan diri, perasaan ketika itu bercampur campur, ketika diterangkan mengenai skop kerja yang akan aku laksanakan aku dapat rasakan ada sesuatu yang TAK kena, aku ditempatkan di tempat yang memang JAUH JAUH JAUH dari bidang aku

Aku berkelulusan di dalam bidang teknikal TETAPI diletakkan di kewangan, hati dah mula rasa sesuatu

Pendek cerita semuanya TAK seperti yang aku bayangkan, aku seolah-olah diTIPU

Disebabkan kedudukan aku Pegawai, aku dibenci oleh SEMUA orang, ada yang berkata aku BERLAGAK SOMBONG, aku TAK ada kawan :(

Aku yang ketika itu mengandung HARI HARI HARI menangis, dekat office menangis, dekat rumah menangis, TAK dapat tidur

Dan aku TERasa sangat menyesal berhenti di tempat kerja lama

Aku mohon untuk kembali di tempat kerja lama, bos kecik dan bos besar yang dulu SANGAT mengalu-alukan untuk aku kembali, cuba pelbagai cara untuk kembalikan aku

TAPI apakah daya, aku sudah di COP TAK SETIA oleh HR di sana, kata-kata HR di sana membuatkan bos kecik dan bos besar TERpaksa akur, katanya kalau ambil aku kembali bekerja macam mana untuk mereka menjawab soalan orang luar yang akan melabelkan mereka sebagai TIDAK adil

Sebenarnya isu TAK SETIA/menjawab soalan orang luar atau lain-lain lagi TAK akan timbul jika aku ada AYAH/MAK/PAKCIK/MAKCIK yang mempunyai jawatan BESAR BESAR BESAR, yang aku ada hanyalah suami yang menyuruh aku banyakkan bersabar/redha/bersyukur 

TERfikir untuk resign TAPI mengenangkan hutang, siapa pula yang nak menanggung..? TAKkan aku nak bebankan suami, nak dapatkan kerja yang lain memang TAK mungkin

Bonds between Siblings ♥♥